08 March 2012

finally :)

yeah , sperti topic diatas , finally , habes jugak UP1 aku~ ngee :D
alhamdulillah... tapi , yg tak brape syok tuu , aku pekse kali ni mcm budak GENIUS weyhh..
aku bace buku satu subjek dlm setengah jam je. XD
last2, owg len tgh syok jawab soalan , aku syok termangu pandang soalan :P
padan muke kau pedo..

kata hati aku mengatakan ADDMATH aku cemerlang  hancuss bagai dibakar menjadi abu~ ngee :D
nampaknyer KIMIA, BIO juga menerima naseb yg same...
alahai sian korg kan ;)

tapi..... bak kate mak saye, takpee, ni baru mule2 , fail tu biase2 aje~  muahahaha..
mak aku watlekwatcool~ aku plak watgabrawathot saja~~~
hehe

hm..nway , tahniah pada dreamer-is-okey.blogspot.com kerana telah berjaya menukar
background anda pada yg lebih chantek :) chantek wehh blog dia. cetrytest  bukak belog dia...
lagi satu , tahniah juga pada kwn saya, Nurul Ain Sabrina Amran sebab sayaa denga anda sedang dlm proses menulis novel kann ? hehe. The Gitarist is MINE . tajok mcm best , dan mmg best pon  kan . hahahah.. wah , aku excited nak bace novel kawan aku tuu. bangge meyh :))
#kalo boleh nak jadi org fes bace, tapi mcm tak boleh je, sudah tentu penulisnye yg pertama membace kan2#

dan seperti yang telah diketahui ramai , cuti sekolah telah tibaa !!! yahoooyabedabedubukakpintu~
skola ade lawatan pi Cameron , rm100. nak pi ka tanak ah ?
teringin nak pi.. tngok Vanilla Coklat shoot kat situ . alahai.. sweet bangad..heheh
tapi.. jln situ bahaye dan dangerous uuuu.......(gedikk)
naik bas lagi tuuu........... pikir balik ah nak pe ke tak~ huhu

okeyh.. sampai sini dulu, aku nak smbg buat nota sejarah yg entah bile bole siap..
esok dateline ! cikgu joe, mintak ampun , nota saye last minute, jadi phm2 lah kerja owg last minute cemane XD..

kbaii ,
salam sayang,


Thanks for read. Follow me!

02 March 2012

bila rindu, bagaimana menguruskannya ??

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

...
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak,


takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar

dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”
“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah

sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Ya Allah , jika Kau catatkan dia untukku.. Kau satukanlah hatinye dengan hatiku :)



Thanks for read. Follow me!