15 September 2012

yg bersongkok tu ohsem :D


assalammualaikum :)
korang pernah rasa tak ada sesuatu yg menarik perhatian korang? *berbeza pada mata orang lain yer :)
okay, bagi aku, lelaki ni kalau memakai songkok nampak lagi hensem dan ohsem dr lelaki yg tidak memakai songkok. kan? hehe..
nampak kemas je.. tgk pun sejuk mata memandang. haha

so, di sini aku nak btaw yg aku rase beruntung 
sbb bersekolah agama yg kebanykan lelaki-lelakinya memakai songkok :) hehehe
kalau pakai songkok ni, nampak lg oke laa.. (bg aku)
yg kurang hensem jadi hensem, yg hensem jadi lebih hensem!

                                         cuba lihat, budak kecik pon comel je pakai songkok an. hehe

amacam? hensem dan kiutt tak? kuikuikui



Thanks for read. Follow me!

10 August 2012

syawal menjelma kembali! ^^

assalamualaikum anak2! hehe
okeyh, skrg time blog yaa? kawan2 aku dok kecoh kat skola.
hahah..
lme dah tak negok blog nih. takde mse la.. sorry you!

skrg tgh 10 mlm terakhir ramdhan? bekal dh byk?
huhu ^^
ke bju raye + kuih raye yg byk?
haha~!

hm.. perkembangan terbaru ialah bru tamat UP2. alhamdulillah :)
tapi resultnye masyaAllah :}
acane ler nak gi ireland nih? huhu

hm... walau tgh ramdhan skrg, bdk pmpuan lek je mcm bulan biase2..
hehe. kls tetap bising....
bdk laki gak yg bising diam. eh, YEKKE?

haha.. okayh, gtg. see you soon!

lots of love,

Thanks for read. Follow me!

01 May 2012

berubah kerana siapa soalnya ???

hai.. assalammualaikum semua :)
apa khabar iman? cewahh, ade gaya mcm ustaz don tak? ^^

 haha... okayy, lupekan psl ustaz don yg hensem lagi alim tu..
 hm, kadang2 pernah aku terfikir psl perubahan.. hm, esp pada mem baik aku :)
aku pn teringin nak berubah mcm dia..
tapi, aku takot nnt aku berubah bukan sbb Allah..
dah slh niat tuu.. astaghfirullah..

aku tengok kawan aku tuu btol2 berubah..
lepas satu perkara terjadi yg  bg aku, dan mgkin bg dia jugak, takkan lupe sampai bila2..
sebab aku pn terlibat sama..
benarlah ape orang dok kate.. susah nak melupakan semalam, dan menjangkakan esok..
semalam adalah sejarah, esok adalah misteri..
dan aku dah tersalah pilih sejarah :'(

tapi, kadang2 aku bersyukur, kalo semua ni tak berlaku, mgkin aku tak pernah terfikir ni semua kan?
yeke? haha --'
orang kate, nak berubah kene ikhlas. sape stuju nak ikhlas tuh susa?
hehhe.. bagi aku, aku stuju. hoho :DD

takpe, lepas nih kene bace bnyk lagi buku ilmiah berkenaan hati.. hoho ^^
sekarang, OTW , bce buku DI MANA DIA DIHATIKU :))

wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakahtu

salam sayang,





Thanks for read. Follow me!

08 March 2012

finally :)

yeah , sperti topic diatas , finally , habes jugak UP1 aku~ ngee :D
alhamdulillah... tapi , yg tak brape syok tuu , aku pekse kali ni mcm budak GENIUS weyhh..
aku bace buku satu subjek dlm setengah jam je. XD
last2, owg len tgh syok jawab soalan , aku syok termangu pandang soalan :P
padan muke kau pedo..

kata hati aku mengatakan ADDMATH aku cemerlang  hancuss bagai dibakar menjadi abu~ ngee :D
nampaknyer KIMIA, BIO juga menerima naseb yg same...
alahai sian korg kan ;)

tapi..... bak kate mak saye, takpee, ni baru mule2 , fail tu biase2 aje~  muahahaha..
mak aku watlekwatcool~ aku plak watgabrawathot saja~~~
hehe

hm..nway , tahniah pada dreamer-is-okey.blogspot.com kerana telah berjaya menukar
background anda pada yg lebih chantek :) chantek wehh blog dia. cetrytest  bukak belog dia...
lagi satu , tahniah juga pada kwn saya, Nurul Ain Sabrina Amran sebab sayaa denga anda sedang dlm proses menulis novel kann ? hehe. The Gitarist is MINE . tajok mcm best , dan mmg best pon  kan . hahahah.. wah , aku excited nak bace novel kawan aku tuu. bangge meyh :))
#kalo boleh nak jadi org fes bace, tapi mcm tak boleh je, sudah tentu penulisnye yg pertama membace kan2#

dan seperti yang telah diketahui ramai , cuti sekolah telah tibaa !!! yahoooyabedabedubukakpintu~
skola ade lawatan pi Cameron , rm100. nak pi ka tanak ah ?
teringin nak pi.. tngok Vanilla Coklat shoot kat situ . alahai.. sweet bangad..heheh
tapi.. jln situ bahaye dan dangerous uuuu.......(gedikk)
naik bas lagi tuuu........... pikir balik ah nak pe ke tak~ huhu

okeyh.. sampai sini dulu, aku nak smbg buat nota sejarah yg entah bile bole siap..
esok dateline ! cikgu joe, mintak ampun , nota saye last minute, jadi phm2 lah kerja owg last minute cemane XD..

kbaii ,
salam sayang,


Thanks for read. Follow me!

02 March 2012

bila rindu, bagaimana menguruskannya ??

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

...
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak,


takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar

dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”
“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah

sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Ya Allah , jika Kau catatkan dia untukku.. Kau satukanlah hatinye dengan hatiku :)



Thanks for read. Follow me!

25 February 2012

pahit untuk ditelan..

salam semue , fes aku nak ckp tahniah buat sesape yg dpt anugerah kecemerlang PIBG tdi.
aku dapt rm120. budak yg dah pindah dpt rm50 jee.. hm, kecian..


dan lagi satu , camera aku takde ngan aku/hilang ! mak aku punye la naek hangen..
sabo je la denga mak aku mrh2.. silap sendiri kot..
td sir de jumpe camera,tp tak tawu sape punye.. harap2 la kat sir tu camera aku..
senin nanti bru tawu.. hmm

pastu , kucing kesayangan aku , ciko dah mati kne langgar..
sunyi umah aku, rindu nak tegok dy tido tekangkang. comel gilaa !
dah la kecik agi.. baru 3 bulan kot..sadis..

cite laen plak..ade orang pesan kat aku,,
jadilah seorang muslimah yg baik..
Alhamdulillah dy dah dpt pilih jln yg betol..tapi
aku ni je yg terkapai2 lagi. aku rase iman aku senang sngt goyah .
tak kuat lgsg. Ya Allah, kau berikanlah seluruh kecintaan ku kepada-Mu sebelum aku memberinye kepada makhluk-Mu...


slm syg,

Thanks for read. Follow me!

23 February 2012

perasaan yang satu...RINDU

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam satu malaysia ~!
Melaka negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau XD

hehehe... tak sangke wujud lagi blog aku ni... kihkih
last aku bukak tak silap lepas PMR. 2 bulan yg lepas..

hmm , hari tu 31 Jan 2012 hari paling sedih meyh..~
kawan baik aku dr skola rendah... Humaira Ramlan telah pegy meninggalkan bumi melaka.
HUA !!!!!!!!
menangis tak henti2 aku,.. ingat boleh tahan depan kwn2. cane tah waktu QS tuu tetibe basah
mate ni... lepas dah oke sikit , yg lain pulak nanges. lagy bertambah sedih aku~
lepas ni tak nampak lagy kat chatbox fb name Hanif Safwan, Epilogue Nadyah, Humaira Ramlan, Zulfikar Amir, Syazwan Amirul.... dan ramai lagy.. maklum ler dowg pandai2.
dapat tawaran SBP fes intake maa ~
bangge aku dapat kwn cam dowg....

dan sekarang.. hampir sebulan jugak la dowg kat skola baru dorg...
hmm.. sabtu ni 25/2/2012 ade mesyuarat PIBG dan anugerah untuk budak2 9,8,7A PMR lepas ngan pekse akhir tahun.. aku harap sangat dowg balik taw !
memang rindu gila2 ni !
bila teringat kenangan balik jalan kaki same2 dulu..
nak menitis air mate ni..
Ya Allah,, kau berilah hambaMu ini ketabahan..
memang aku rase satu je skrg ni...... RINDU !!
rindu dekat sahabat,

dan someone yg dah bwk lari kegembiraan aku skali..
mule2 tuu memang
mcm susah nak lepaskan dia..
tapi....aku percaye setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya..
penghijrahan memerlukan pengorbanan. dan tu je lah yg aku mampu buat untuk support dia..
aku harap dia berjaye capai cita2 dia :')


#tak sabar nak jumpe mereka2 sabtu ni# InshaAllah..


salam syg,




Thanks for read. Follow me!